Asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan saraf otak bayi dan penting untuk kehamilan dan berat masa lahir. Kebanyakan wanita hamil mungkin tidak mendapat cukup asid lemak omega-3 kerana tidak mendapat pemakanan berasaskan omega 3 yang mencukupi.
Bagi wanita hamil untuk mendapatkan asid lemak omega-3 yang mencukupi, melalui pemakanan dan suplemen. Dalam artikel ini saya akan membincangkan bagaimana omega 3 dapat membantu mengelakkan bayi pra matang. Semua info ini saya petik daripada artikel Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy.
Kenapa Kelahiran Pramatang Patut Dielakkan
Semua bakal ibu ingin melahirkan anak yang sihat, tapi tahukah anda yang setiap ibu mempunyai risiko untuk melahirkan bayi pramatang?
Risiko ini boleh disebabkan oleh pemakanan, cara hidup serta faktor-faktor lain seperti genetik ibu terbabit dan tindak balas kimia dalam badannya.
Risiko komplikasi kepada bayi pramatang
Masalah saluran pernafasan
Pernafasan yang normal adalah keadaan di mana paru-paru mampu untuk mengembang dan menguncup apabila bernafas. Sistem pernafasan yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan bayi mengalami kesukaran unuk bernafas secara normal.
Untuk keadaan yang lebih kritikal, paru-paru bayi boleh menjadi kronik apabila mengidap bronchopulmonary dysplasia.
Masalah jantung
Apabila terjadi kelahiran pra-matang ia akan memberi kesan kepada keadaan jantung bayi itu sendiri. Istilah yang biasa kita gunakan adalah apabila jantung bayi tersebut tidak cukup kuat untuk mengepam darah (jantung tidak matang sepenuhnya) ke seluruh badan dan otak menyebabkan pelbagai komplikasi boleh berlaku.
Pendarahan di otak
Semakin awal kelahiran bayi daripada tarikh jangkaan menyebabkan berisiko tinggi berlaku pendarahan dalam otak bayi tersebut.
Pendarahan dalam otak boleh membawa kepada pengumpulan cecair dalam otak yang boleh menyebabkan kepala bayi mengembang.
Cecair yang banyak dan berada dalam tempoh yang lama dalam otak boleh memberi tekanan pada bahagian otak yang lain dan sedikit sebanyak memberi kesan untuk masa yang panjang.
Masalah suhu badan
Suhu bayi yang dilahirkan pra-matang akan cepat jatuh disebabkan tiada lemak di dalam badan untuk memastikan dan memanaskan badan. Berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan, mereka mempunyai cukup lemak memastikan suhu badan stabil.
Suhu badan yang semakin rendah akan mempengaruhi sistem pernafasan bayi dan juga kandungan gula dalam badan. Disebabkan itu, bayi perlu diletakkan dalam inkubutor untuk mendapatkan haba yang secukupnya sehingga keadaan stabil. Selain itu, bayi boleh mendapatkan haba daripada susu ibu yang diberikan melalui tiub yang disediakan.
Sistem percernaan
Bayangkan bayi yang normal dan cukup bulan dilahirkan, saluran percernaan (penghadaman) hanyalah sebesar sebiji guli sahaja! Kalau bayi yang pra-matang lagi kecil saluran percernaan dan hanya susu ibu sesuai untuk diberikan. Tambahan susu ibu senang dihadam dan mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk bayi pra matang.
Masalah sistem imunisasi
Sangat mudah bayi yang dilahirkan pra-matang untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan kebanyakan organ-organ penting dalam badan masih belum matang sepenuhnya. Disebabkan itu, bayi tidak boleh didedahkan kepada udara kerana terdapat terlalu banyak bakteria-bakteria dalam udara.
Dalam keadaan yang belum stabil, doktor akan menempatkan di NICU untuk memastikan tiada jangkitan kuman berlaku.
Jadi banyak komplikasi terhadap bayi sekiranya mereka dilahirkan tidak cukup bulan. Apa yang ibu boleh lakukan? Ayuh cuba cegah daripadanya berlaku. Salah satu nutrisi penting yang boleh diambil adalah Omega 3.
Bagaimana Omega 3 Berperanan Mengelakkan Kelahiran Pra Matang
Suplemen omega 3 sangat penting terutama pada trimester kedua. Ini kerana pada masa ini perkembangan neural dan retina bayi berlaku paling pesat.
Dalam satu kajian terhadap wanita mengandung di Artik, kepekatan darah ibu yang memiliki DHA paling tinggi dikaitkan dengan kehamilan yang lebih lama, ketajaman visual lebih baik dan kemahiran mental dan psiokomotor bayi pada 6 dan 11 bulan yang terbaik.
Dalam satu lagi kajian berasingan yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Kansas telah dapat membuktikan bahawa asid docosahexaenoic (DHA), salah satu daripada asid lemak omega-3, didapati boleh mengurangkan risiko wanita melahirkan bayi terlalu awal.
Pengalaman Mengandung Dengan Omega Guard
- Kali pertama pada tahun 2015 dimana saya turut mengambil Omega Guard. Sarah lahir pada minggu ke 39, dengan berat 3.7kg dan saya masih boleh melahirkannya secara normal.
- Kali ini mengandung kali kedua mengambil set mengandung Shaklee. Sekarang saya berada pada minggu ke 33. InsyaAllah berat bayi pun ikut jadual dan saya berharap semuanya lancar dan selamat.
Klik disini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Omega Guard
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.