Quantcast
Channel: Raihanah Ahmad – Vitamin Cerdik by Coach Anah Ahmad
Viewing all articles
Browse latest Browse all 384

Punca Usus Rosak Menurut Hospital Queen Elizabeth

$
0
0

Penting sangat info ni sebab ianya datang daripada pihak Kerajaan sendiri berhubung punca usus rosak. Link seperti berikut:

http://hqe2.moh.gov.my/modules/artikel/item.php?itemid=93

Punca Usus Rosak

Artikel di tulis dalam Berita Harian bertarikh 12/09/2013 Khamis oleh Nor Hatina Shuib.

Usus kecil adalah tempat paling luas pencernaan terjadi manakala usus besar bertanggungjawab bagi penyerapan dan pencernaan bahan sisa pepejal. Menjaga usus dengan baik penting kerana di dalamnya, ada bakteria hidup dan organisma yang berfungsi memproses bahan makanan.

Apa yang merisaukan, sistem kesihatan ini boleh diganggu oleh suhu, penyakit, antibiotik dan ubat serta perubahan dalam diet makanan. Detosifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul dalam tubuh badan terutama pada hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Mengikut kajian, usus walaupun kita membuang air besar menerusi najis secara normal pada setiap hari, tetapi ada enam hingga 4535 gram najis masih berlonggok dalam usus. Ini bermakna, tidak semua najis keluar dalam satu masa dan ini menyebabkan usus besar ada longgokan najis lama dan bahan kumuh yang terkumpul keras.

Kesan toksin

Hanya najis lembik dan kecil melalui saluran usus yang sempit, akibatnya kebanyakan orang ada masalah sembelit yang menyebabkan sakit pada bahagian dubur, najis berdarah dan tidak selesa untuk duduk.

Kajian menunjukkan, toksin yang berada pada usus besar menyumbang 90 peratus pelbagai masalah kesihatan termasuk kepenatan, mulut berbau, daya ingatan lemah, retensi air, jerawat dan masalah ditakuti ramai wanita, iaitu penuaan awal.

sel lemak simpan toksin
Sel lemak adalah rumah toksin

Lebih merungsingkan, bahan toksin yang terkumpul melambatkan metabolisme badan dan menyebabkan berat badan bertambah. Amalan yang disarankan Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia mengesyorkan, makan sedikit tetapi kerap lebih baik. Contohnya, empat hingga lima sajian lebih kecil dan bukannya dua atau tiga sajian besar, sekaligus setiap hari.

Bagaimanapun, cuba pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan.

Kajian penyakit usus

Baru-baru ini, kajian membabitkan penyakit usus kecil dijalankan sepasukan saintis dari Britain dan Australia bagi meleraikan kekusutan yang membelenggu jutaan pesakit di seluruh negara.

Jawapannya cukup memeranjatkan, iaitu mendapati kegemaran mengambil hidangan berprotein tinggi seperti gandum dan barli menyebabkan sistem imunisasi menyerang usus.

Penemuan saintis daripada dua negara itu cuba mengenal pasti punca mengapa potein dalam kandungan makanan berkenaan boleh bertukar menjadi bahan toksin.

Gluten menyebabkan pelbagai masalah kepada badan
Gluten menyebabkan pelbagai masalah kepada badan termasuk leaky gut syndrome

Ujian darah ke atas 200 pesakit yang diberi makan roti, muffin dan barli yang direbus setiap hari, selepas enam hari mendapati kesan yang begitu ketara kerana ia bertukar menjadi bahan toksin.

Ia menunjukkan 90 daripada 2,700 serpihan protein yang membentuk gluten bertukar menjadi toksin dalam tubuh mereka yang diuji seperti dilaporkan jurnal Sains Perubatan Translasi berkenaan.

Penyelidik daripada Melbourne, Australia, Dr. Bob Anderson pula berkata, ketiga-tiga makanan berkenaan majoritinya memberi tindak balas imunisasi untuk mewujudkan kehadiran gluten.

Beliau berkata, kesan terhadap penyakit usus itu sudah terbukti, sejak 60 tahun lalu. Sehingga kini, satu dalam 100 rakyat Britain mengalami penyakit ini dan gejalanya seperti cirit-birit serta kekejangan yang boleh membawa kepada kekurangan zat makanan dan osteoporosis.

Bottom Line

Yang penting, amalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman serta kesihatan secara keseluruhan.

Sebaiknya seperti selalu saya nasihatkan, cegahlah daripada dapat penyakit.

Saya sendiri pun memang buat diet #JomDetoxJutawan disamping sebulan sekali buat #JomDetoxJutawan. Alhamdulillah banyak manfaat yang saya dapat hingga berjaya turun 23kg dalam masa 8 bulan!

Tapi nak buat ni, kena belajar. Kena berguru. Baru jadi elok. Kalau ikut dan je, nanti lambat turun dan anda cepat kecewa.

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 8 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

Dari seorang yang obesiti kepada normal weight, perjalanan ni buat saya dapat banyak info dan input yang berguna dan mahal nilainya dan saya salurkan kepada peserta saya dalam program #JomDetoxJutawan dan #IFKetoGenitMAF.

Anda boleh baca perkongsian saya dalam link berikut:

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak


Viewing all articles
Browse latest Browse all 384

Trending Articles