Quantcast
Channel: Raihanah Ahmad – Vitamin Cerdik by Coach Anah Ahmad
Viewing all articles
Browse latest Browse all 384

Solat Sebagai Salah Satu Amalan Quantum Effort

$
0
0

Ada 14 amalan yang kalau kita laksanakan dengan tertib dan sungguh-sungguh ia akan menjadikan magnet rezeki buat kita tanpa perlu bersusah payah. Inilah dinamakan sebagai amalan Quantum Effort.

Asas amalan quantum adalah doa. Kalau nak tulis perihal doa, ada banyak, sedangkan dalam artikel ini saya nak fokus bab solat sahaja. Jadi untuk asas doa, saya akan tulis dalam artikel yang berlainan.

14 Amalan Quantum Effort itu ialah:

  • Taqwa
  • Tawakal
  • Solat
  • Sedekah
  • Istighfar
  • Merapatkan silaturrahim
  • Menuntut atau mengajarkan ilmu
  • Berkahwin
  • Berdakwah
  • Zikir
  • Sabar
  • Usaha dan Beramal
  • Membaca Al-Quran

Solat Sebagai Salah Satu Amalan Quantum Effort

Pagi ini saya akan kongsikan berkenaan quantum effort paling asas, iaitu solat.

Berapa ramai antara kita yang remehkan solat?
Solat akhir waktu?
Laju-laju nak siap solat?

Tapi nak minta doa kita Allah perkenankan laju-laju?
Walhal kita sendiri abaikan Dia dengan meremehkan solat? Nauzubillah, pesanan untuk saya sendiri.

Dari Surah Thoha 20:132

Solat sememangnya pembuka rezeki
Solat sememangnya pembuka rezeki

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami-lah yang memberi rezeki kepadamu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.”

Sebut dah kat situ, solat tu untuk diri kita sendiri.
Sebab kitalah yang bergantung rezeki dengan Allah

Dalam surah yang lain Al-Baqarah 2: 3

“(Iaitu) Mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, melaksanakan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Al-Baqarah 2:238

“Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah) solat Wusta. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.”

Anjuran solat ada disebutkan sebanyak 106 kali dalam Al-Quran.

Ini sebahagian daripada gambaran bahawa sabar dalam menunaikan solat akan membuka pintu rezeki. Kita juga seharusnya faham bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit.

Allah S.W.T amat menyayangi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Allah S.W.T menjanjikan pertolongan buat para hambaNya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujianNya dan sentiasa mengingatiNya walaupun dalam keadaan susah mahupun senang.

Bottom Line

Paling penting adalah kita jaga semua kewajipan kita kepada Allah. Kita perlukan Dia, kalau fikirkan bab ni sahaja, tentu kita merasa gerun.

Jadikan tekad baru kita untuk perbaiki solat kita, sentiasa pastikan kita solat diawal waktu. Nak azan tu, terus siap-siap nak solat. Dan tentulah bagi anda yang bekerja, mohon Allah supaya permudahkan urusan solat dan kerja anda.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak


Viewing all articles
Browse latest Browse all 384