Kisah ini saya kongsikan hasil maklumbalas customer saya sendiri. Customer saya ini, Makcik A ada hubungi saya 3 minggu lalu. Katanya beliau hendak cuba set Shaklee untuk atasi masalah fibroidnya.
Asalnya beliau sebenarnya sedang dalam usaha untuk pembedahan, tetapi sudah 2 kali warded, kedua-duanya darahnya naik disebabkan ketakutan hendak dibedah. Kesian Makcik A. Beliau takut sangat sampai naik darahnya. Jadi beliau dibenarkan keluar dengan sebeban ubat dibekalkan oleh doktor.
Beliau hubungi saya 3 minggu lalu, memanglah masih sakit katanya, perut pun nampak besar. Asalnya beliau bertanya berkenaan GLA Complex untuk masalah fibroid, wah maknaya Makcik A ini memang buat homework sebelum hubungi saya.
Sebulan yang lalu kami ada hadiri kelas daripada seorang doktor berkenaan semua penyakit wanita seperti fibroid, cysts, endometriosis dan PCOS. Jadi protokol baru saya letakkan disini adalah hasil daripada kelas tersebut.
Apakah Fibroid?
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.
Golongan Berisiko Menghidap Fibroid atau Cysts
Golongan berisiko menghidap fibroid terbahagi kepada faktor berikut:
Umur
Terutama wanita berusia 30-an dan 40-an dan belum melalui menopaus. Selepas menopaus, fibroid biasanya mengecut.
Sejarah keluarga
Mempunyai ahli keluarga dengan fibroid meningkatkan risiko anda. Jika ibu seorang wanita mempunyai fibroid, risiko beliau mempunyai fibroid adalah kira-kira tiga kali lebih tinggi daripada purata.
Asal-usul etnik
Wanita Afrika-Amerika lebih cenderung untuk mendapat fibroid daripada wanita putih.
Obesiti
Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk fibroid. Bagi wanita yang sangat berat, risiko adalah dua hingga tiga kali lebih besar daripada purata.
Tabiat makan
Makan banyak daging merah (contohnya, daging lembu) dan ham dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi fibroid. Makan banyak sayur-sayuran hijau seolah-olah melindungi wanita daripada mendapat fibroid.
Suplemen Sesuai Untuk Masalah Fibroid
Lepas seminggu saya cubalah follow up dengan Makcik A untuk bertanya keadaannya sekadar, ingin bertanya khabar dan membantunya jika ada masalah dalam pemakanan suplemen.
Jadi jawab Makcik A, sakit sudah berkurang. Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya sudah membantu seseorang mendapat kembali kesihatan yang baik. Untuk kecutkan fibroid, kita tunggulah lagi sebab bukan mudah untuk kecut. Nanti saya update lagi.
Ada juga customer saya yang kecut cystnya dengan mengambil produk Shaklee.
Untuk masalah fibroid, kata doktor tu kita perlu jaga macam kita ada kanser. Ya, fibroid ni macam kanser. Cuma tak agresif macam kanser. Punca fibroid adalah disebabkan sel yang tak normal. Tiba-tiba sel jadi abnormal, macam kanserlah.
Jadi protokolnya adalah kurangkan inflamasi, tingkatkan antioksidan.
Saya laksanakan cara ni kepada customer baru saya bagi tahun 2018, alhamdulillah mereka ada feedback positif. Nanti bila dah ada result scan terbaru saya akan update sini.
Tips untuk kecutkan fibroid:
1. Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihat ni macam biasalah tidur yang cukup dan teratur, tak merokok, tak minum arak, kurangkan stres dan sebagainya. Sebenarnya semua ni penting juga. Bila kita stress, ia akan ganggu sel kita. Sel kita akan replicate banyak kali untuk baiki dirinya (sel). Sampai satu tahap sel ni akan mati cepat sebab laju sangat replicate (kadar replicate adalah 80x bagi setiap sel).
Bila sel mati, itulah lama-lama akan ganggu tisu dan organ. Sebab tu usus kita rosak, buah pinggang rosak dan sebagainya. Jadi manage stress dan gaya hidup sihat ni penting.
2. Senaman
Senaman pun penting sangat. Bukan nak suruh exessive exercise tu, tapi moderately mesti ada bersenam. Mungkin 2-3 kali seminggu akan mencukupi buat kita.
3. Pemakanan
Jaga pemakanan contohnya banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Elakkan dulu semua pengambilan makanan dan minuman manis seperti aiskrim, kuih muih, air manis, kek dan sebagainya.
Boleh ikhtiar untuk elakkan juga gluten (kandungan dalam tepung putih) sebab gluten berpotensi menyebabkan inflamasi.
4. Suplemen
Suplemen adalah untuk bantu tingkatkan nutrisi dalam badan. Walaupun kita makan dengan elok, namun mungkin terdapat nutrisi yang kita tak cukup pun dapat seharian. Antara suplemen yang disyorkan adalah:
- Vitalea: Vitalea adalah sejenis multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
- Vitamin C: Vitamin C sejenis antioksidan membantu untuk melindungi sel, meningkatkan sistem imun badan,
- OmegaGuard: sejenis minyak ikan terbaik sangat bermanfaat untuk masalah inflamasi (ingat tadi saya sebut protokol penting kita adalah kurangkan inflamasi).
- Vivix: Vivix adalah campuran resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi antioksidan sangat baik untuk melindungi sel, memerangi radikal bebas dan meningkatkan tenaga sel.


SUplemen diatas adalah bertepatan dengan konsep protokol yang saya sebutkan tadi, iaitu kurangkan inflamasi tingkatkan antioksidan.
Penutup
Saya doakan anda terus sihat, terima kasih sebab membaca sampai habis. Saya doakan anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda.
Anda faham kan apa yang saya kongsikan di atas? Jika perlukan sebarang penerangan tambahan jangan segan hubungi saya di 012-2195919 atau klik http://kakanah.wasap.my.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Coach Kesihatan Anda
Shaklee Gombak
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.