Quantcast
Channel: Raihanah Ahmad – Vitamin Cerdik by Coach Anah Ahmad
Viewing all articles
Browse latest Browse all 384

Keperluan dan Manfaat Zinc Plus Shaklee

$
0
0

Lama dah kot semua orang tunggu-tunggu kembalinya Zinc Complex ke pasaran Malaysia. Good news!! Z

Zinc Plus akan kembali dan jualan akan mula dibuka pada Oktober 2018 nanti. Cuma namanya bukan lagi Zinc Complex, tapi namanya Zinc Plus. Ada peningkatan dari segi formula juga.

Ok jom kita tengok apa kebaikan Zinc Plus ni dan kenapa istimewa Zinc Plus Shaklee ni.

Apakah Zinc?

Zink adalah mineral surih yang banyak terdapat dalam sel dan komponen badan serta membantu menyokong dan mengaktifkan lebih 200 enzim dalam badan kita.  Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, pengeluaran tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, dan pengeluaran hormon.
Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi tubuh yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut yang sihat, kuku, kulit dan menggalakkan kesihatan yang baik.

Zinc Plus Shaklee Menyediakan Khasiat Zinc Terbaik

Jadi sekarang Shaklee ada sediakan suplemen Zinc Plus namanya. Kiranya dah boleh la kita ambik hari-hari untuk cukupkan keperluan zinc. Dulu-dulu kalau saya takde isu kesihatan sangat, takde la nak ambik hari-hari. Tapi ada masa-masa tertentu memang kena ambik seperti lepas pembedahan, bersalin, kalau rambut gugur banyak dan lain-lain.

Kelebihan Zinc Plus Shaklee:

  • Tiap tablet dalam Zinc Plus Shaklee mempunyai 100% nilai harian zinc, iaitu 15mg zinc.
  • Dirumus dengan zinc gluconate. Zink gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia mudah diserap oleh badan.
  • Zinc gluconate juga 100% berasaskan tumbuhan. Ia diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung maka rasa dia kurang pahit, rasa pedar dan kurang rasa logam. (Ikut pengalaman tablet zinc dia memang tak rasa apa so mudah nak telan).
  • Diformulasi tanpa tumbuhan alfalfa.
  • Sesuai untuk semua orang dewasa.
Sumber makanan Zinc dan berapa banyak perlu diambil mencukupkan keperluan zinc harian
Sumber makanan Zinc dan berapa banyak perlu diambil mencukupkan keperluan zinc harian

Apa pula manfaat Zinc Plus Shaklee

1. Zinc untuk sistem imun badan 

Zinc membantu mengaktifkan sel-sel imun badan termasuk T-cell dalam badan (ini penting kerana ia akan memberi respon dengan lebih baik termasuklah untuk ‘detect’ awal sel-sel kanser dalam badan).

2. Zinc untuk kulit yang sihat

Penting untuk kulit sihat bebas jerawat. Zinc boleh mengawal hormon tostesteron yang mana jika ia tak seimbang boleh menyebabkan jerawat.

  • Zinc juga penting untuk peghasilan kolagen dalam badan.
  • Zinc juga boleh mengelak pertumbuhan bakteria. Terutama jika ada liang pori yang besar dan terbuka luas, ia boleh bantu mencegah bakteria tumbuh seterusnya boleh elak kulit berjerawat!
  • Dan juga boleh membantu melegakan kulit yang sensitif!

Ringkasnya Zinc Shaklee ini bagus untuk kulit bebas jerawat.

Pelbagai manfaat zinc untuk kesihatan
Pelbagai manfaat zinc untuk kesihatan

3. Zinc untuk tenaga dan stamina

Zinc merupakan mineral penting yang menggalakkan kekuatan otot dan daya tahan badan.

4. Zinc untuk penyembuhan luka

Zinc boleh menghasilkan sel-sel baru dan ini amat membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Luka akan lebih cepat kering. Juga boleh mengelak bakteria pada luka, jadi luka lebih cepat sembuh! Sebab itu jika anda perasan, dalam krim kebanyakan ada kadnungan zinc.

5. Zinc untuk rambut 

Zinc menggalak rambut tumbuh lebih sihat, subur dan tebal. Jika kandungan zinc rendah dalam badan, folikel rambut lebih mudah terurai dan rambut mudah gugur! Memang bagus Zinc Shaklee ni untuk rambut gugur.

6. Zinc untuk kesihatan minda

Zinc membantu meningkatkan daya ingatan dan proses pembelajaran. Juga boleh mencegah peyakit berkaitan usia seperti Alzheimer.

7. Zinc untuk kesuburan / sistem pembiakan yang sihat

  • Zinc untuk lelaki membantu meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sperma.
  • Zinc untuk wanita, membantu sistem pembiakan wanita, mengawal hormon dan pengeluaran telur.
  • Terdapat juga kajian yang zinc bagus untuk prostat lelaki, ia membantu mengelak mati pucuk.
Siapa perlukan Zinc Plus Shaklee
Siapa perlukan Zinc Plus Shaklee

Harga Zinc Plus Shaklee

1 botol Zinc Plus Shaklee mengandungi 120 biji yang mana sehari kita cuma ambil 1 biji sahaja. Dari segi harga tu Shaklee belum update apa-apa lagi.

InsyaAllah ada info nanti saya akan update kat sini.

Penutup

Saya doakan anda terus sihat, terima kasih sebab membaca sampai habis. Saya doakan anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda.

Jika perlukan sebarang penerangan tambahan jangan segan hubungi saya di 012-2195919 atau klik http://kakanah.wasap.my.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Coach Kesihatan Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 384